Showing posts with label mekatronik. Show all posts
Showing posts with label mekatronik. Show all posts

Monday, November 30, 2009

Johan MEDspec 2009

Salam.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Touch `n Secure telah dipilih menjadi johan di dalam pertandingan projek akhir pelajar kejuruteraan mekanikal kali ini.

Terima kasih banyak-bbanyak kepada mereka yang telah membantu kami secara langsung atau pun tidak. Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.



Bersama Piala Pusingan Medspec dan Hamper
Dari kiri : Naim, Mior, Anuar dan Taufiq


Bergambar kenangan di hadapan booth Touch `n Secure semasa pameran Medspec 2009.
Dari kiri : Mior, Anuar, Taufiq dan Naim

Monday, November 23, 2009

Pameran MEDspec 2009

Salam.
Tuan-tuan dan puan-puan dijemput hadir ke Majlis Pameran Projek Akhir Pelajar Kejuruteraan Mekanikal (MEDspec) 2009 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar, Ipoh pada 24-11-2009 (Selasa).
Majlis perasmian akan berlangsung pada pukul 9.30 pagi.
Pameran dibuka kepada orang awam pada pukul 10pagi.
Pameran ini akan berlangsung sehingga jam 4petang hari yang sama.

Terdapat pelbagai projek akhir yang menarik hasil usaha dan inovasi pelajar akhir semester dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal termasuklah dari kami di Kejuruteraan Mekatronik.

Jangan lupa melawat kami di booth Kumpulan 4 (Touch `n Secure), Kejuruteraan Mekatronik.

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dapat memeriahkan lagi majlis ini.