Saturday, November 21, 2009

Pengenalan


Touch `n Secure merupakan suatu sistem yang direka khas bagi mengurangkan kadar kes kecurian motosikal. Masalah yang kami temui pada sistem yang telah sedia ada adalah ianya berfungsi sekadar untuk menjaga keselamatan motosikal daripada dicuri tetapi sistem kami ini lebih kepada menjaga keselamatan motosikal dan menangkap pencuri tersebut walaupun motosikal tidak berjaya dicuri. Ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak polis dalam menjejaki individu ataupun kumpulan yang terlibat dengan kes-kes jenayah kecurian. Sistem ini adalah hasil daripada penambahbaikan produk yang sedia ada iaitu dengan menggunakan konsep sistem rangkaian komunikasi GSM(Global System for Mobile) dan kamera di mana gambar pencuri akan diambil dan dihantar kepada pemiliknya melalui sistem MMS. Hasil daripada gambar yang diperolehi dari sistem ini akan digunakan oleh pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Hasil daripada kaji selidik kami secara teori, sistem Touch `n Secure ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengurangkan kadar kes kecurian motosikal di Malaysia.

No comments:

Post a Comment